...2
My Daughter's Father
Joy curi-curi keluar dari rumah awal pagi itu. Buat pertama kalinya, dia berjalan kaki ke sekolah tanpa ditemani Henry dan ciuman dari ibu tercinta.
Dia tidak berniat apa-apa cuma dia ingin memastikan sama ada ibunya itu serius atau tidak mengenai bapa kandungnya. Joy sendiri sudah lama ingin berjumpa dengan ayahnya. Biar siapa pun ayahnya, Joy akan menerima dia seadanya.
Air matanya menitis setiap kali mengingatkan pengorbanan ibunya yang sanggup membesarkannya seorang namun mujurlah Uncle Henry datang membantu mereka berdua. Kalau tidak, Joy dapat membayangkan apa yang mungkin terjadi kepadanya dan Jessica.
“Oit, sorang je?”
Joy menjeling ke arah pemilik suara itu. Dia tidak membalas tetapi terus berjalan ke destinasi yang ditujui. Dia harus berhati-hati. Tidak semua manusia di dunia ini sebaik Uncle Henry.
“Oh, satu sekolah dengan saya rupanya.” Sambung budak lelaki itu lagi. Joy tersentak. Apa? Sama sekolah?
“Jumpa di sekolah nanti, sayang~”
Joy menjegilkan matanya. Benda la mamat tu merepek. Siapa yang sayang dia? Hmph!
Disebabkan baru masuk tahun baru, Joy mencari kelas barunya seorang kerana Yeri dan Seulgi semuanya kelas berbeza dengannya. Dia mengeluh apabila tiba di hadapan pintu. Joy berdoa supaya dia tidak dipertemukan dengan mamat sewel itu lagi.
“Selamat –“
Dush! Bunyi air kedengaran. Semua pelajar kelas 5 Civil 1 memandang Joy dengan hairan. Joy telah disimbah dengan air dari atas. Joy memandang pintu tersebut. Terlihat sebuah baldi kosong yang sudah tertonggeng.
Tiba-tiba seorang pelajar lelaki bersuara. “Oops, maaf. Salah saya.” Dia mengangkat tangan sambil tersenyum.
Joy tergamam melihat lelaki itu. Mamat sewel tadi! Gadis berambut blonde itu terus mengenggam tangannya seperti penumbuk tetapi dia sabar.
Joy tidak mempedulikan mamat tersebut. Dia meletakkan barang-barangnya di meja sebelum hilang ke tandas. Tak guna punya jantan!
Joy melepaskan geram di tandas sehingga tiada seorang pelajar perempuan pun yang berani memasuki tandas ketika itu. Joy seumpama dirasuk hantu. Dia geram. Tidak pernah dia berasa geram dengan orang sebegini sekali.
Tidak lama kemudian, Joy membuat keputusan untuk masuk ke dalam kelas seperti biasa. Semua memandangnya dengan hairan. Joy tersenyum memandang mereka. “Maafkan saya. Tadi ada hal sikit.”
Dia terus duduk di tempatnya. Kelihatan mamat sewel tadi sedang memerhatikannya dari jauh. Joy tidak peduli.
“Okey, kelas. Mulai hari ini saya akan jadi guru kelas kamu, nama saya Park Hanbin dan saya ajar kamu semua Matematik Tambahan.”
Mamat itu kelihatan tidak berputus asa. Dia mencuba mengenakan Joy lagi. Joy mula berasa tidak senang. Diletaknya lipas di bawah kerusi Joy.
“… ketua kelas kita ialah Park Jimin. Ada sesiapa yang ingin menawarkan diri untuk menjadi penolong ketua kelas?”
Serentak itu Joy berdiri dan memijak lipas tersebut. Semua memandang ke arahnya. Ketika itu barulah Joy perasan guru kelasnya sedang berucap di depan.
“Kenapa? Kamu ingin jadi penolong ketua kelas?” tanya Cikgu Hanbin pula.
Untuk menutup malu, Joy mengangguk. Terpaksa. Dia menjeling ke belakang. Kelihatan mamat sewel itu berpuas hati. Joy mengeluh.
“Kenalkan diri kamu.”
Joy menarik nafas sedalam yang mungkin.
Comments